Bersyukurlah apa yang kita sudah ada, tak payah la nak melebih-lebih kalau dah tak mampu. Tak payah la nak macam orang lain juga, orang ada beg baru kita nak beg baru, orang ada emas, berlian, kita nak lebih dari tu, emas, berlian, gangsa, atur semua yang ada dalam dunia ni.
Bersyukur adalah perkara yang amat mulia. Kita boleh menyebut "Alham'dullillah" untuk menunjukkan kita bersyukur. Kita boleh berdoa kepada ALLAH meminta kesyukuran dengan apa yang dah ada.
Banyak perkara yang perlu kita bersyukur >>>>
- bersyukur atas keputusan peperiksaa yang cemerlang
- bersyukur kerana sihat dan dihindari dari penyakit dengan ini kita boleh beribadat kepada ALLAH S.W.T
- bersyukur mendapat keperluan yang sempurna
- Bersyukur kerana negara kita aman
- Bersyukur kerana dapat bersedekah kepada fakir miskin atau pengemis (Dah sedekah tu tak payah nak heboh kat akbar, tv, radio. Sedekah itu ikhlas bukan nak menunjuk. Ikhlas adalah penting)
- Bersyukur kerana mendapat pekerjaan yang baik
- Kita perlu bersyukur juga walaupun keputusan periksa kita gagal, dan berusaha lagi untuk mencapai kecemerlangan bukan hanya berdoa sahaja. Doa adalah satu permintaan jadi kita perlu juga berusaha.
Macam-macam lagilah. kita perlu bersyukur kerana setiap perkara yang kita ada dan kita jalani kita perlu bersyukur walaupun perkara itu kecil dan tidak mencukupi. Setiap kegagalan pasti ada kebaikannya. Jadi berusaha untuk cemerlang dalam pelajaran, akhlak dan ibadat. Ini baru dinamakan umat dan hamba yang A+++++. Bersyukurlah.
Kata – kata:
"Apabila anda tidak dapat miliki apa yang anda inginkan. Maka sudah tiba anda berpuas hati dan inginkan apa yang anda sudah miliki"
No comments:
Post a Comment