Apa tu maksudnya akhlak dengan ibubapa. aku rasa semua dah tahu. Kalau tak tahu mungkin sebab tak pi sekolah atau dia ni jenis tak duduk kat dunia ni ataupun dia tu duk kat zaman jahiliah dan baru bangun pada tahun 2012.
Miss S: Geram aku tengok jiran aku! kurang ajar dengan mak dia.
Miss A: Biasalah tu.
Miss S: Biasa hang kata.
Miss A: Yalah! ramai orang buat macam tu. Aku malas nak tegur sebab kalau tegur terus maki hamun.
Miss S: Aku pun pelik sebab apa ibubapa tak marah pun anak depa.
Miss A: Sebab sayang sangat kat anak tu, susah-susah beranak tak sanggup pulak nak marah. Kalau aku, aku lempang biar mati terus kan senang.
Miss S: Hang! kesian kat budak tu.
Miss A: Dah sungguh. Kurang ajar sangat. Tapi tak boleh salahkan anak ja. kadang-kadang tu ada salah ibubapa juga. Terlalu manjakan anak-anak.
Miss S: Betul tu!! Anak-anak jadi kurang biadap pun sebab ibubapa, ada juga yang terpengaruh dengan drama dalam tv, ada juga yang ikut kawan.
Miss A: Kita tak tahu sebab depa memberontak jadi tak bolehlah nak mengata satgi tak pasal-pasal dapat dosa free.
Miss S: Tulah! dosa yang sekarang pun tak tertanggung. Mana ada manusia yang tak ada dosa, yang tak buat salah, mesti ada.
Miss A: Erm... hang ada dengar tak cerita anak kurang ajar dengan ibu dia, sampai bertukar menjadi ikan pari.
Miss S: Ada! cerita tu lama dah kan! aku pun macam bergerun ja dengar.
Miss A: Balasan.
Miss S: Kita sebagai anak perlu mandoakan ibubapa tak kira la ibubapa kita tu meninggal ke tak lagi. Anak juga perlu sentiasa membantu ibubapa.
Miss A: Macam mana pulak kalau mak bapa kita paksa kawin?
Miss S: Kita sebagai anak boleh manolak dan menentukan masa hadapan masing-masing.
Miss A: Oh! anak-anak juga boleh mambantah cakap ibubapa sekiranya benda itu melanggar agama islam. Tapi janganlah sampai nak tengking pula, nasihat pun sudah cukup bagus.
Miss S: Aku tengok anak sekarang ni, macam malu untuk bercium tangan dan pipi makbapa masing-masing. Kenapa?
Miss A: Mungkin sebab ego yang tinggi kot. Malu sebab tak pernah diajar buat macam tu. Cium tangan selalu tapi susah nak tengok yang cium pipi makbapa. Mak tu selalu juga aku tengok tapi yang ayah tu jarang.
Miss S: Betul-betul. Ada anak yang suka menyibuk hal makbapa dia. Macam mana pulak tu?
Miss A: Aku rasa yang tu sebab dia tengok ada yang tak kena dalam keluarga dia, dan dia mungkin nak selamatkan keluarga dia yang hampir nak runtuh. Tapi takpa ka?
Miss S: Tak pa sebab kalau dia tak selamatkan keluarga dia yang hampir nak runtuh tu mungkin hidup dia akan menjadi kacau bilau.
Miss A: Macam mana pulak anak yang tak rapat dengan makbapa tapi lebih rapat dengan kawan?
Miss S: Tu mungkin sebab makbapa dia tak pernah bagi dia bebas dan dia terasa bila dia dengan kawan-kawan dia terasa bebas. Ataupun dia malas nak layan keluarga dia, macam adik yang suka menangis lepas tu kena jaga pula bila depa keluar sekeluarga tapi yang memang suka jaga budak-budak tu okay la, mungkin ada yang buat macam tu pun sebab nak patuh arahan makbapa dia terpakasa la jaga adik. Ada juga yang meluat dengan kakak dan abang sebab mungkin dia yang bongsu kena buli, ataupun tak ada orang nak main dengan dia sebab kakak abang dah besar.
Miss A: Panjang ceramah hang noh.
Miss S: Hang nak perli aku ka?
Miss A: Tak. mana ada!
Kata – kata:
"Rakan tempat kita bercerita, berkongsi masalah,
Guru tempat kita berbincang dan bertanya pendapat,
Adik-beradik tempat kita bermain dan berkerjasama juga memberi sokongan,
Ibubapa adalah satu-satunya orang yang akan menolong kita dalam susah dan seronok ketika kita gembira sering menyokong kita dengan hati yang gembira,
Allah adalah tempat kita berdoa, tempat kita dalam keadaan yang sangat kesusahan, Allah juga tuhan kita yang Maha Adil dan Maha Pengasih.
Ketika kita sakit, ketika kita sengsara, ketika kita bermasalah,
Kita akan mengadu kepada ALLAH tetapi bila kita susah, gembira dan sihat kita lupa ALLAH umpama tisu yang dibuang ke longkang,
Kenapa? Kenapa?
Jawapannya ada kepada diri sendiri! cubalah berfikir adakah selama kita hidup pernahkah kita berbuat ibadat dengan ikhlas, menuntut ilmu untuk apa?,
Cuba kita berfikir pernahkah kita derhaka kepada Ibu bapa dan ALLAH, Mungkin pernah mungkin tak, tapi tanpa sedar kita berbuat salah. Ragu-ragu dengan kekusaan ALLAH dan menyakitkan hati Ibu bapa kita.
p/s : Mari ramai-ramai buat solat hajat dan taubat. Jika rajin buat Tahajjud sekali.
No comments:
Post a Comment