Sunday, 11 November 2012

sLogAn hAti Dan CintA


MakSud Cinta

Cinta apa yang hampa semua nak? cinta setia? cinta sejati? cinta tulus dan ikhlas? tapilah aku tengok bukan setakat tu ja cinta zaman la nie... Cinta haram ada, cinta penuh maksiat, permainan cinta, cinta apa pulak ni? tolong explain????????????????????

Cinta yang perlu kita ada adalah cinta ALLAH dan kekasihNya Nabi Muhammad dahulu, cinta diri sendiri, cinta ibubapa dan adik-beradik, selepas tu barulah kita boleh mencintai orang luar. Cinta cara Islamic adalah cinta yang tulus, ikhlas, setia dan diredhai. Sematkan cinta ni dulu sebelum hampa nak cinta kat boyfriend hampa, tak kisah la hampa nak suka ka, nak cinta ka, kat sapa, tapi dengarlah nasihat ni, suka tu tak bermaksud hampa cinta kat orang tu, jadi nak tahu adakah hampa akan bahagia dengan orang tu buatlah solat istikharah . Dengan ini, anda akan tahu. Tak payah la nak tunggu dekat nak tunang atau kahwin baru nak buat nanti kalau nak ubah fikiran susah, nanti kita juga akan malukan maruah orang lain. Jangan buat macam tu DOSA wei!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Lebih baik kita jaga hati orang dan dengar masalah orang dari kita duk menyusahkan orang dan sibuk nak tau hal orang. Hish! sapa punya perangai ni!!! ok tamat sudah !

Bacalah sedikit kata-kata yang ditaip oleh kami:
"Kalau benar cinta itu milik aku, datanglah dikau kedalam hati ini, akanku terima jika hati kau setulus Saidatina Khadijah kepada Nabi Muhammad. Aku menggunakan segala khudrat yang dimiliki untuk mencintai kau setulusnya, jika tiada lagi cinta impianku. Akan aku buka mata ini untuk melihat kau dan akan menutup hati ini serapatnya agar tiada siapa mencerobohinya, jika aku mampu menerima cinta dan sayang yang diberi"




Bila dah Cinta

Assalamualaikum! Kepada semua manusia!
Tajuk ary ni adalah!
Aku nak cita pasal tajuk nih > macam mana nak tau bila hati kita dah ada cinta?!

1
First > kita dah terasa kehilangan bila orang tu tinggal kita. Dia tak dak la maksudnya. Dia sakit ka apa ka? Kita rasa risau. Sunyi bila tanpa dia, lebih kurang cam tu lah.

Second> kita terangau-angau kan orang tu. Teringat-ingat! Tapi tak mengaku rindu. Itulah namanya angau. Teruk lagi pada rindu. Memang susah bila dah angau.
3
Third> kita akan mula berangan-angan tentang dia. Contohnya, berangan yang dia tu dah jadi isteri atau suami kita. Memang akan berlaku punya!
4
Forth> Kita akan rasa nak tegur dia setiap hari. Kalau tak tegur dia rasa cam cicak tercabut ekor! Susah nie.
5
Fifth> kita akan rasa nak bersama dia. Nak dia suka kita, nak dia selalu ada depan mata. Kalau tak dak depan mata rasa marah dan sedih. Perasaan marah dan sedih selalu ada bila kita mula sukakan seseorang.
6
Sixth> kita akan cemburu tanpa sedar! Orang sekeliling  ja sedar yang kita tengah jeles tapi kita tak sedar pun yang kita tengah jeles. Susah tu bila dah bercinta. Hahaha!!!! Contoh2 ayat yang selalu keluar tanpa sedar . ‘Hish! Kenapa dia ni keluar makan dengan dia tu. Dah gila ka?’ ataupun ‘Meluatnya aku! Benci betul, menyampah tengok!’ ataupun ‘Gediknya, perempuan duk pegang-pegang dia’. Selalunya macam tu lah!
7
Seventh> kita akan mula menconteng atas buku tau kertas tanda-tanda cinta. Contohnya ‘i love u’. Tapi tak semua orang macam ni , ada orang tu memang suka tulis perkataan macam ni, tapi dia tak bercinta pun!
8
Eigth> Kita akan selalu ingat semua tentang dia. Ingat tarikh lahir dia, dia suka warna apa, mak dia nama apa? Semua tentang dia, kita nak tahu! Tapi kalau mata tu memang dah suka sangat tengok orang, tak kira dia suka ka tidak . itu lain namanya...(orang macam ni suka sangat amik tahu hal orang)
9
Ninth> kita akan rasa seronok bila dia suka perkara yang kita suka. Kita suka apabila dia tu pakai baju warna sama macam kita. Boleh jadi gila sebab happy sangat!
1
Tenth> akhir sekali, kita akan rindu dia setiap masa dan detik, kalau ada gambar kita cium gila gambar tu (kalau dah peringkat antaranagsa sawannya)....

Sampai sini ajelah..... manusia ni macam jenis jadi kita takleh nak kata manusia sama!! Ok bye...

aNak Zaman sEkaranG


Apa tu maksudnya akhlak dengan ibubapa. aku rasa semua dah tahu. Kalau tak tahu mungkin sebab tak pi sekolah atau dia ni jenis tak duduk kat dunia ni ataupun dia tu duk kat zaman jahiliah dan baru bangun pada tahun 2012.


Miss S: Geram aku tengok jiran aku! kurang ajar dengan mak dia.

Miss A: Biasalah tu.

Miss S: Biasa hang kata.

Miss A: Yalah! ramai orang buat macam tu. Aku malas nak tegur sebab kalau tegur terus             maki hamun.

Miss S: Aku pun pelik sebab apa ibubapa tak marah pun anak depa.

Miss A: Sebab sayang sangat kat anak tu, susah-susah beranak tak sanggup pulak nak marah. Kalau aku, aku lempang biar mati terus kan senang.

Miss S: Hang! kesian kat budak tu.

Miss A: Dah sungguh. Kurang ajar sangat. Tapi tak boleh salahkan anak ja. kadang-kadang tu ada salah ibubapa juga. Terlalu manjakan anak-anak.

Miss S: Betul tu!! Anak-anak jadi kurang biadap pun sebab ibubapa, ada juga yang terpengaruh dengan drama dalam tv, ada juga yang ikut kawan.

Miss A: Kita tak tahu sebab depa memberontak jadi tak bolehlah nak mengata satgi tak pasal-pasal dapat dosa free.

Miss S: Tulah! dosa yang sekarang pun tak tertanggung. Mana ada manusia yang tak ada dosa, yang tak buat salah, mesti ada.

Miss A: Erm... hang ada dengar tak cerita anak kurang ajar dengan ibu dia, sampai bertukar menjadi ikan pari.

Miss S: Ada! cerita tu lama dah kan! aku pun macam bergerun ja dengar.

Miss A: Balasan.

Miss S: Kita sebagai anak perlu mandoakan ibubapa tak kira la ibubapa kita tu meninggal ke tak lagi. Anak juga perlu sentiasa membantu ibubapa.

Miss A: Macam mana pulak kalau mak bapa kita paksa kawin?

Miss S: Kita sebagai anak boleh manolak dan menentukan masa hadapan masing-masing.

Miss A: Oh! anak-anak juga boleh mambantah cakap ibubapa sekiranya benda itu melanggar agama islam. Tapi janganlah sampai nak tengking pula, nasihat pun sudah cukup bagus.

Miss S: Aku tengok anak sekarang ni, macam malu untuk bercium tangan dan pipi makbapa masing-masing. Kenapa?

Miss A: Mungkin sebab ego yang tinggi kot. Malu sebab tak pernah diajar buat macam tu. Cium tangan selalu tapi susah nak tengok yang cium pipi makbapa. Mak tu selalu juga aku tengok tapi yang ayah tu jarang.

Miss S: Betul-betul. Ada anak yang suka menyibuk hal makbapa dia. Macam mana pulak tu?

Miss A: Aku rasa yang tu sebab dia tengok ada yang tak kena dalam keluarga dia, dan dia mungkin nak selamatkan keluarga dia yang hampir nak runtuh. Tapi takpa ka?

Miss S: Tak pa sebab kalau dia tak selamatkan keluarga dia yang hampir nak runtuh tu mungkin hidup dia akan menjadi kacau bilau.

Miss A: Macam mana pulak anak yang tak rapat dengan makbapa tapi lebih rapat dengan kawan?

Miss S: Tu mungkin sebab makbapa dia tak pernah bagi dia bebas dan dia terasa bila dia dengan kawan-kawan dia terasa bebas. Ataupun dia malas nak layan keluarga dia, macam adik yang suka menangis lepas tu kena jaga pula bila depa keluar sekeluarga tapi yang memang suka jaga budak-budak tu okay la, mungkin ada yang buat macam tu pun sebab nak patuh arahan makbapa dia terpakasa la jaga adik. Ada juga yang meluat dengan kakak dan abang sebab mungkin dia yang bongsu kena buli, ataupun tak ada orang nak main dengan dia sebab kakak abang dah besar.

Miss A: Panjang ceramah hang noh.

Miss S: Hang nak perli aku ka?

Miss A: Tak. mana ada!


Kata – kata:
"Rakan tempat kita bercerita, berkongsi masalah,
Guru tempat kita berbincang dan bertanya pendapat,
Adik-beradik tempat kita bermain dan berkerjasama juga memberi sokongan,
Ibubapa adalah satu-satunya orang yang akan menolong kita dalam susah dan seronok ketika kita gembira sering menyokong kita dengan hati yang gembira,
Allah adalah tempat kita berdoa, tempat kita dalam keadaan yang sangat kesusahan, Allah juga tuhan kita yang Maha Adil dan Maha Pengasih.
Ketika kita sakit, ketika kita sengsara, ketika kita bermasalah,
Kita akan mengadu kepada ALLAH tetapi bila kita susah, gembira dan sihat kita lupa ALLAH umpama tisu yang dibuang ke longkang,
Kenapa? Kenapa?
Jawapannya ada kepada diri sendiri! cubalah berfikir adakah selama kita hidup pernahkah kita berbuat ibadat dengan ikhlas, menuntut ilmu untuk apa?,
Cuba kita berfikir pernahkah kita derhaka kepada Ibu bapa dan ALLAH, Mungkin pernah mungkin tak, tapi tanpa sedar kita berbuat salah. Ragu-ragu dengan kekusaan ALLAH dan menyakitkan hati Ibu bapa kita.


p/s : Mari ramai-ramai buat solat hajat dan taubat. Jika rajin buat Tahajjud sekali.

PeribAdi MuliA


Peribadi mulia 


Kita akan dihormati jika peribadi kita mulia. Kita akan dipandang mulia jika kita mempunyai ilmu agama yang tinggi dan pelajaran kita sampai belajar luar negara. Kata orang tua-tua lah, tak tahu lah aku orang tua mana?

      Sebab selalunya orang yang ilmu lebih tinggi ni akan ditanya oleh orang ramai tentang perkara yang mereka tak tahu. Tapi janganlah nak berlagak pulak ilmu tinggi ni. kadang-kadang tu aku tengok orang ni ilmu tak tinggi tapi akhlak baik semua orang suka. Itulah aku kata ingatlah Orang sekarang bukan nak pandang hampa punya pelajaranlah, harap pandai matapelajaran tapi tak bijaksana untuk menentukan kehidupan dan tak cerdik untuk membuat pilihan antara baik atau buruk, antara halal dan haram, itu bukanlah khalifah yang terbaik dalam dunia. Kita sebagai manusia di Dunia ni adalah khalifah. LELAKI sebagai pemimpin.

      Ni aku tengok lelaki pi mana? tak nampak yang baik pun, kalau ada seratus dalam satu yang layak jadi pemimpin masa hadapan. Janganlah macam ni, BANGUNLAH dari angan-angan yang diimpikan. Tak guna hidup nak dikelilingi perempuan semua tu pasti menyakitkan anda wahai kaum lelaki, rancang masa hadapan, orang yang ada rancangan ini mungkin akan berjaya ,tak berjaya 100% pun tak pa,  50% berjaya pun dah cukup bagus.

      Zaman la ni memang, bila bercinta bagai janji buat. Tapi dah kawin tak kekal pun,  hari ni kawin esok cerai. APA KES ? Perempuan dan lelaki semuanya ada salah masing-masing tak bolehlah nak berat sebelah sebab ada perempuan curang, ada lelaki main kayu tiga. Ini ok lagi! lagi tak okay kalau hampa songsang, GELI WEI!!!!!!!!!!!! nak sebut, couple dengan kaum sejenis, dah la dapat dosa, tak dak zuriat asli, keluarga tak tenteram, langgar agama ISLAM, tak diredhai, dapat balasan dunia akhirat. TAUBATLAH!!


Kepada kaum ADAM : berusahalah menjadi lelaki yang baik dan berhati mulia, jauhilah kawan-kawan anda yang tak berhati perut tu. Buatlah satu kejayaan yang membanggakan ibu bapa anda.

Kepada kaum HAWA : Janganlah jadi hipoprit sangat. Hipopkrit ni memang di benci. Tutup aurat anda, aurat anda adalah maruah anda. Kami harap anda menyokong ISlamic CoupLE. Islamic COUple amat selamatkan anda dari maksiat.

Semua ini hanya nasihat, nak dengar, nak ikut, buat. Tak mau tak pa, kami tak kisah!!! SEm0gA SeMua YanG baCA dan F0lloW Bl0G kami ni bahagia dan kami Doakan anDa seMUa haPPy go luCky! TerIma KasIH. ThanK  a Lot f0r You :P

Kata-kata :


"Seseorang itu akan dihormati jika dirinya diberkali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga keimanan, dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada ALLAH"





Sikap yang perlu diamal


Orang kata kalau nak bercakap kena berfikir dulu. Kalau hantam ja cakap takut ayat tu tergantung dan pelik bunyinya, kalau cakap tau hantam nanti mana nak tau ayat tu mengecilkan hati oarang lain. Jangan ikut sedap mulut ja nak cakap.

       Kita juga jangan cakap terlalu banyak dan kelam-kabut, sikap ini membuat kan setengah pihak meluat nak tengok. Kita perlu biasa dan simple. Cakaplah benda yang bermanfaat dan penting. Nak sembang boleh tapi janganlah melebih pulak. Tak sembang satgi boring pulak. Macam aku ni memang mulut banyak, sekali buka nak bersembang rasa nak sembang ja. Kalau time aku diam dan fokus pada satu kerja tu aku tak la sembang sangat. Aku ni mental sikit (Miss A).

Kata-kata:
"Lambat~laun anda akan bertindak mengikut apa yang sebenarnya anda fikirkan. Tingkahlaku kita dipengaruhi oleh cara pemikiran kita. Maka, bentuklah peribadi mulia dengan melatih diri kita supaya sentiasa berfikir yang baik dan positif"



sIfAt beRsyUkuR



Bersyukurlah apa yang kita sudah ada, tak payah la nak melebih-lebih kalau dah tak mampu. Tak payah la nak macam orang lain juga, orang ada beg baru kita nak beg baru, orang ada emas, berlian, kita nak lebih dari tu, emas, berlian, gangsa, atur semua yang ada dalam dunia ni.
Bersyukur adalah perkara yang amat mulia. Kita boleh menyebut "Alham'dullillah" untuk menunjukkan kita bersyukur. Kita boleh berdoa kepada ALLAH meminta kesyukuran dengan apa yang dah ada.


Banyak perkara yang perlu kita bersyukur >>>>
  • bersyukur atas keputusan peperiksaa yang cemerlang
  • bersyukur kerana sihat dan dihindari dari penyakit dengan ini kita boleh beribadat kepada ALLAH S.W.T
  • bersyukur mendapat keperluan yang sempurna
  • Bersyukur kerana negara kita aman
  • Bersyukur kerana dapat bersedekah kepada fakir miskin atau pengemis (Dah sedekah tu tak payah nak heboh kat akbar, tv, radio. Sedekah itu ikhlas bukan nak menunjuk. Ikhlas adalah penting)
  • Bersyukur kerana mendapat pekerjaan yang baik
  • Kita perlu bersyukur juga walaupun keputusan periksa kita gagal, dan berusaha lagi untuk mencapai kecemerlangan bukan hanya berdoa sahaja. Doa adalah satu permintaan jadi kita perlu juga berusaha.
Macam-macam lagilah. kita perlu bersyukur kerana setiap perkara yang kita ada dan kita jalani kita perlu bersyukur walaupun perkara itu kecil dan tidak mencukupi. Setiap kegagalan pasti ada kebaikannya. Jadi berusaha untuk cemerlang dalam pelajaran, akhlak dan ibadat. Ini baru dinamakan umat dan hamba yang A+++++. Bersyukurlah.

Kata – kata:
"Apabila anda tidak dapat miliki apa yang anda inginkan. Maka sudah tiba anda berpuas hati dan inginkan apa yang anda sudah miliki"

sIfAt PEremPuan Dan LelakI

Kami nak cerita pasal minat dan sempurna. Hah! aku nak cerita pasal perempuan dan lelaki , sebagai seorang lelaki sejati hampa mesti nak perempuan yang sejati. Bagi perempuan baik pula hampa mesti nak lelaki yang baik juga. betul tak? kalau tak betul sorry la....
     Jadi aku nak bagi tips, tapi taklah macam tip sangat lebih pada apa erk? erk macam? entah. baca jelah.


BAGI SEORANG PEREMPUAN SIFAT APA YANG PERLU ADA DAN APA YANG TAK PERLU ADA :
    

      
        Menutup aurat ~ hampa kena menutup aurat, pakai pakaian yang menutup aurat. Hampa dah besar mestilah sudah berakal dan tahu hukum, kalau tak tahu memang teruk ark !!! kalau tutup aurat pun tak mungkin tak boleh berfesyen jadi , berfesyen pun boleh menutup aurat. satu lagi aku nak pesan tak payahlah hampa nak buat sanggul tinggi macam bonggol unta. aku pun naik meluat tengok.

 Jaga maruah diri ~ ni aku nak pesan sikit! Jangan berabang, bersayang, berhubby, berPa, berhoney dan apa yang seangkatannya, kepada pakwe hampa sebab perkataan sebegitu hanya untuk lelaki yan bergelar suami. Geli aku nak sebut! Tergeliat jari aku nak menaip! Tapi nak menaip jugak. Kalau kat Pakwe hampa panggil cam tu, kat suami nak panggil apa? Tak best ark! Dah guna panggilan sebegitu sebelum suami, macam suami hampa tu yang dah ke berapa. Tak payah nak bermanja sangat, tak payah nak melunakkan suara di hadapan lelaki, buat biasa-biasa ja. Jangan niat dalam hati nak mengoda lelaki, nafsu apa la macam ni! Jangan nak bergaul bebas sangat, nak bergaul boleh jaga batas antara perempuan dan lelaki. Kawan-kawan juga nanti sampai pegang-pegang pulak. Dosa tuh!!!!!!!!!!


  Hati yang baik dan sentiasa bersabar ~ hati yang suci dan sikap sabar amat penting. Kalau tak sabar, samalah kita macam syaitan, sebab syaitan tu memang tak reti sabar! Tapi bolehlah juga dia bersabar sebab dia sanggup sabar nak menyesatkan orang islam tanpa rasa putus asa untuk membawa kita ke neraka bersama dia. Kita patut menentang syaitan ni, jangan sampai kita setaraf dengan dia, tapi ada yang teruk dari dia sebab dia hanya menghasut kita yang buat, kita dapat dosa dia gembira happy go lucky. Memang tak adil! Kita kena kasi dia menangis sebab tak boleh menghasut kita. Bersabarlah dengan ujian dunia kelak di akhirat kita akan bebas dari balasan yang teruk, beribadatlah kepada ALLAH seikhlas mungkin.

Jangan ada sikap suka buat fitnah dan hasut-menghasut ~ dah serupa hantu tanah pulak perempuan ni suka sangat hasut-menghasut. Bukan masuk badan macam hantu tapi menyampaikan cerita untuk buat fitnah orang, ni rasa HASAD DENGKI!!! Dasar PERUT BUSUK tu yang jadi cam ni! Jangan nak buat fitnah sesuka hati! Orang lakipun
memilih juga kalau muka elok perangai cam syaitan lebih baik tak payah, aku rasa dia
      lebih rela kahwin dengan perempuan yang paras rupa tak elok tapi perangai baik.


p/s: dah tamat untuk perempuan, sikit ja aku nak cakap! Janganlah berkecil hati, kami Cuma nak nasihat, kita sebagai orang islam kena nasihat-menasihati, hah hah hah!!! Jangan MARAH pulak! Kami pun takut nak taip sebab tak pasal-pasal ada orang marah dan tak redha pulak, kesianlah kat kami, dah la dosa ada banyak lagi ni, tak sempat nak taubat.




BAGI SEORANG LELAKI SIFAT APA YANG PERLU ADA DAN APA YANG TAK PERLU ADA :


    Jangan mengatal sangat : ni yang aku tak minat, GATAL MERELA la!!! Naik meluat, naik menyampah, naik benci! Muka hensem tak kalut! Tak mau la kutuk-mengutuk pulak! Tapi tak payah gatal, rasa kalau gatal sampai tak boleh nak garu, pi cari perempuan kahwin terus... dapat pahala tuh! Bina masjid. Setia pada yang SATU, bukan setia pada yang EMPAT. Nak kawin lain pun biarlah tengok keadaan, isteri meninggal dah, isteri izinkan dan rasa duit dalam poket dah penuh sampai nak terkeluar pi la kahwin lain ( tu pun kena minta izin isteri, kalau isteri garang macam singa guna ja kuasa veto sebagai seorang suami. Dah kawin tu adil la! Kalau rasa tak boleh nak adil tak payah nak kawin. Bukannya semua perempuan sanggup dimadu, nama ja madu tapi peh!!! memang pahit macam peria tak masak. Hargailah isteri anda!)


p/s: hampa bayangkan kalau perempuan boleh madu empat, isteri hampa kawin empat, apa perasaan hampa? Ada rasa cam terhindar tak??? Tanya hati anda.


    Baik hati dan ikhlas ~ sikap ikhlas dan baik memang penting. Ikhlas ni membuatkan gadis yang hampa cintai , juga cinta kat hampa. Tapi aku kesian juga kat kaum lelaki ni sebab kesian kat hampa, punya la setia tengok-tengok awek keluar dengan orang lain siap merempit dengan laki lain pulak tu. Tapi hampa pun ada buat kat orang perempuan juga, tak semua la setengah ja... Hampa pun baik hati juga. Kalau dah cinta, janji bagai, jangan nak ingkar pulak, biar orang buat jahat kat kita jangan kita buat jahat kat orang. Mesti disebalik dugaan tu Allah SWT dah tentukan perkara yang lain yang lagi baik, mesti ada gadis yang lagi baik untuk hampa wahai kaum Adam.
     
          Ada sikap hormat-menghormati ~ hormat ibu bapa! Hormat keputusan orang lain! Hormat perempuan! Hormat la kat sapa-sapa pun. Sikap hormat ni penting tau! Aku tak tau nak hurai apan tentang hormat jadi sampai sini je lah! Dah besar panjang pandai-pandai la!

     Bertolak ansur ~ kena ada sikap tolak ansur, baru boleh jadi pemimpin. Tolak ansur penting dalam pargaulan dan perkahwinan. Dengan kawan2 pun kena ada sikap tolak ansur, supaya kawan tak kecik hati dengan kita. Dalam perkahwinan pun penting, untuk tidak pengecewakan isteri atau ahli keluarga. Sebab perempuan ni degil, kepala batu. Sebab tu dah ditentukan yang lelaki jadi pemimpin. Kalau perempuan jadi pemimpin habislah hampa. Kalau aku jadi pemimpin ok lagi, mungkin aku akan buat hak istimewa untuk perempuan. Kalau perempuan lain, habislah hampa dah la cerewet, tak pasal-pasal hampa jadi kuli depa. Hahahaha!!!!!!!!!!


p/s : sampai sini ja, tak larat nak hurai dah! Pandai pandai hampa lah noh! Aku nak bagitau sekali lagi JANGAN KECEWA DAN JANGAN MARAH sebab ni cuma NASIHAT JA, NAK IKUT ambik, TAK MAU IKUT tak payah la nak kutuk kami. Jangan marah.

Ok! Waalaikumusslam, kalau boleh kami nak minta kepada semua memdoakan kejayaan kami dalam PMR. Kami pelajar lagi!!! Sebab tu tak banyak sangat ilmu yang diketahui.


Enam JeniS manusia YanG di kutuk oLeh ALLH SWT dan Rasul


Telah bersabda Nabi SAW :
Yang bermaksud: "ada enam orang yang aku kutuk dan Allah SWT juga mengutuk mereka, dan doa-doa semua nabi di perkenankan. Iaitu :

  • Orang yang menambah isi al-Quran (dengan tafsiran dan takwil yang menyimpang)
  • Orang yang mendustakan takdir Allah SWT
  • Orang yang berkuasa yang suka memaksa dan takkabur, sehingga dia memuliakan orang yang dihina Allah SWT, dan dia menghina orang yang telah dimuliakan oleh Allah SWT.
  • Umatku yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan Tuhan di Mekah
  • Umatku yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT, dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah SWT
  • Orang yang meninggalkan sunnah Nabi
Maka sesungguhnya Allah SWT tidak memandang mereka di hari Qiamat dengan pandangan kasihan"

10 Golongan oraNg yanG di aNggap KafiR

Nabi SAW telah bersabda :
Yang bermaksud "Ada sepuluh orang dari umat ini, yang mereka tergolong kafir terhadap Allah Yang Maha Agung, sedang mereka masih mengira bahawa mereka orang-orang beriman :


  • Pembunuh tanpa kebenaran hukum
  • Tukang sihir
  • Dayus : yakni suami yang tidak merasa cemburu terhadap isterinya
  • Orang yang menahan pengeluaran zakat
  • Orang yang meminum arak
  • Orang yang sudah sampai kewajipan ke atas dirinya untuk menunaikan haji, tetapi dia tidak mahu melaksananya.
  • Orang yang menebarkan fitnah
  • Orang yang menjual senjata pada musuhnya
  • Orang yang bersetubuh dengan isterinya melalui pintu belakang
  • Orang yang menikahi perempuan yang mempunyai hubungan keluarga dengannya yang haram dinikahi............. Jika dia menggangap bahawa semua perbuatan ini hukumnya halal, maka dia telah kafir"


p/s: aku hanya ciplak dari buku yang aku baca, buku dari Syarikat Nurulhas....

BinatanG yanG berNama HuaRaisy

Dikisahkan dalam kitab bahawa apabila tiba hari Qiamat nanti maka akan keluar seekor bintang dari neraka Jahanam yang digelar Huraisy, yanag mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya dari timur hingga ke barat.
Apabila dia keluar maka malaikat Jibrail A.S berkata : "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mancari siapa?" 
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari 5 jenis orang"

  • orang yang tidak mangerjakan solat
  • orang yang tidak mahu keluarkan zakat
  • orang yang menderhakai kedua orang tuanya
  • orang yang suka minum arak
  • orang yang sangat suka cakap-cakap dalam masjid hal dunia

p/s : janganlah jadi manusia seperti di atas.

Wednesday, 17 October 2012

SloGan kiSah TelaDan >>


Kisah Iblis dalam masjid

Aku ada cerita nie! baru saja aku baca buku tentang kisah ni! kalau ada yang tahu dah tak pa la aku nak cerita kat orang yang tak tahu lagi!!!!
ceritanya begini! alkisahnya bergini:


        Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW pergi ke masjid, apabila Rasulullah SAW hendak masuk ke dalam masjid maka baginda SAW telah terpandang Iblis dekat pintu, lalu Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Iblis! apa yang kamu buat disini?". Bekata Iblis : "Sebenarnya aku hendak masuk ke dalam masjid untuk menggangu seorang yang sedang sembahyang, tetapi aku takut kepada orang yang tidur dekat dengan orang yang sedang sembahyang".
        Kemudian, Rasulullah SAW bertanya lagi: "Wahai Iblis! kenapa kamu tidak takut kepada orang yang sedang sembahyang, sedang dia dalam beribadah dan berbisik kepada Allah SWT; dan engkau takut kepada orang yang sedang tidur, sedangkan dia dalam keadaan lalai?"
       Lalu Iblis berkata: "Orang yang sembahyang itu bodoh dan mudah diganggu, tetapi orang yang sedang tidur itu orang alim; kalau saya berjaya menganggunya sehingga merosakkan sembahyangnya itu, saya khuartir orang alim itu akan bangun dan segera memperbetulkan sembahyang orang itu!"

Ni lah kisahnya!! aku kagum juga dengan kisah nie! syaitan pun ada rasa takut tuh! jadi kita kena jadi orang yang baik dan ilmu pengetahuan tinggi.... kita buatkan Iblis bencikan kita, dan buatkan Allah SWT menyayangi kita....







Kisah anak Umar Ibnu Khattab Berzina


Khalifah kedua selepas Rasulullah SAW adalah Saiyidina Umar Ibnu Khattab. Beliau terkenal dengan ketegasannyab dalam menjalankan hukuman dan undang2 yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya sekalipun hukum itu mengenai diri dan keluarganya. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat.

Dalam satu riwayat daripada Abdul Aziz Ibnu Hajjaj Al-Khoulani drpd Shafwan drpd Ibnu Abbas r.a dia berkata, bahawasanya Saiyidina Umar mempunyai dua anak orang anak lelaki, seorang bernama Abdullah dan yang seorang lagi bernama Abdiidullah dan dia mempunyai gelaran Abu Syamah. Abu Syamah dia suka mengekali membaca kitab Allah dan bacaannya sama dengan bacaan baginda rasul. Maka Allah mencubanya dengan penyakit yang teruk selama setahun.


Setelah dia sembuh dari penyakitnya, dengan hati yang gembira dia pergi berjalan ke kampung orang yahudi kerana ada jamuan. Maka orang2 Yahudi menjamu dengan minuman arak. Selepas itu, dia keluar meniggalkan kampung Yahudi melintasi pagar kaum Bani Najjar. Di tempat tersebut, dia berjumpa dengan seorang perempuan yang sedang berbaring; maka serata merta Abu Syamah mendekatinya dan bermaksud untuk merogolnya. Apabila perempuan itu keadaan yang akan menimpa dirinya, diapun berusaha sedaya upaya untuk menegahnya tetapi malangnya dia tidak berupaya. Maka terjadilah perkosaan tersebut. Setelah selesai perbuatan itu, perempuan tadi berpaut pada leher Abu Syamah dam mencakar-cakar bajunya sebagai dijadikan bahan bukti. Akibat perkosaan itu, perempuan itupun hamil.


Setelah cukup masanya, lahirlah seorang anak. Perempuan itupun membawa anaknya ke masjid Rasulullah SAW untuk mengadap Amirul Mukminin untuk mengadukan  hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang memangku jawatan khalifah pada waktu itu ialah Umar Ibnu Khattab. Perempuan itupun berkata, "Ya Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih patut untuk memeliharanya daripada aku".

Umar berasa terkejut dan bertanya hal tersebut. Gadis itu menceritakan dari permulaan dan akhir cerita pada Umar. Umar mahu lebih bukti daripada cebisan pakaian Abu Syamah. 

Gadis itu sanggup bersumpah di hadapan al-Quran. Apabila Umar melihat keadaan itu dia masih mencurigai. “Ya, Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah drpd darah daging anakmu, Abu Syamah.”


Oleh kerana perkara itu benar, Saiyidina Umar dengan perasaan yang berat terpaksa menerimanya seraya berkata, “Wahai jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), demi Allah engkau adalah benar dan tidak berdusta”. Kemudian Saiyidina Umar berdiri dan berkata, “Wahai sekelian sahabat-sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap tinggal di sini sehingga aku kembali”. Tidak lama kemudian dia kembali ke tempat itu semula dengan di tangannya terdapat tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain, dia berkata “ Wahai jariah, ambillah wang yang sebanyak tiga puluh dinardan sepuluh helai kain ini dan halalkan perbuatan anakku, Abu Syamah, di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya maka ambillah nanti sewaktu berhadapan dengan Allah”. Perempuan itu mengambil dan membawa anaknya pulang kembali.


Setelah perempuan itu kembali, Saiyidina Umar memberitahu sekelian sahabat untuk menunggunya sehingga dia kembali. 


Saiyidina Umar pergi menemui Abu Syamah dan yang sedang menghadapi hidangan. Selepas selesai memberi salam dan menjawab salam. Saiyidina Umar berkata “Wahai anakku , hampirlah padaku dan mari kita makan bersama. Tidakku sangka inilah akhir bekalanmu daripada kehidupan dunia”.


Setelah mendengar demikian rupa, Abu Syamah bertanya “Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa ini adalah bekal yang terakhir untukku dari kehidupan dunia? Bukankah telah putus wahyu daripada langit dan tiada wahyu setelah wafatnya Rasulullah?”


“Aku ketahui dosa yang engkau telah perbuat.” Kata Saiyidina Umar.


“Demi Allah! Tidaklah aku lakukan perbuatan maksiat. Sekiranya ada orang yang menyampaikan padamu bahawa aku telah berbuat maksiat, maka sebaiknya terlebih dahulu tanyalah padaku kerana aku tidak menyembunyikan sesuatu daripadamu”. Jawab Abu Syamah.


“Wahai anakku! Ceritakanlah padaku dan sebenarnya. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat oleh pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatanya.” Kata Saiyidina Umar. "Adakah engkau masih ingat hari yang engkau pergi ka kampung orang Yahudi dan mereka memberi minum arak padamu? kemudian dalam keadaan mabuk, engkau lalu pergi meninggalkan mereka dan engkau melintasi pagar Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan yang sedang tidur yang kemudiannya engkau perkosa?" Sambung Saiyidina Umar.


Apabila Abu Syamah mendengar kenyataan ayahnya, diapun menundukkan kepala kerana rasa malu sambil diam membisu. Ujar ayahnya lagi, "Wahai anakku, katakanlah dengan jujur. Jika benar, engkau akan selamat tetapi jika dusta, engkau akan binasa".

Jawab anaknya "Memang benar aku lakukan hal yang demikian tetapi aku telahpun menyesal dengan sunggh-sungguh".

Kata Saiyidina Umar pula "Tiada manfaat bagimu setelah menyesal setelah berbuat sesuatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin. Maka tiada seorangpun tiada kuasa mengambil tindakan ke atasmu tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan semua sahabat-sahabat Rasulullah".


Selepas itu, Umar lantas memegang tangan Abu Syamah untuk dibawa ke hadapan sahabat-sahabat Rasulullah. "Mengapa ayah melakukan ini?" tanya Abu Syamah dalam keadaan ketakutan.


"Kerana kau mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia inisupaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak" jawab Saiyidina Umar tegas.


"Wahai ayahku, aku mahon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini dan janganlah malukan aku di hadapan sahabat-sahabat Rasulullah" rayu Abu Syamah. 


"Engkau yang telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau menjatuhkan nama baik ayahmu" jawab Saiyidina Umar.


Apabila sampai di hadapan para sahabat Rasulullah, mereka pun bertanya "Ya Amirul Mukminin, siapakah yang dibelakangmu itu?". 


"Wahai sekalian orang-orang muslim, sesungguhnya anakku, Abu Syamah, telah mengakui atas segala dosa yang dilakukannya. Dengan ini, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi". jawab Saiyidina Umar.

Kemudian Saiyidina Umar menyuruh seorang budak berkulit hitam bernama Muflih. 
"Sesungguhnya beruntunglah pada hari ini orang yang berbuat ketinggian. Wahai Muflih, pukullah anakku, Abu Syamah. Setelah itu kamu merdeka dari perbudakkan kerana Allah SWT"

Jawab Muflih "Wahai penghuluku, bagaimana aku harus melakukannya kerana aku takut dia akan mati ataupun cedera akan pukulan tersebut". 

Sanggah Saiyidina Umar "Janganlah engkau bercakap demikian. Segeralah ambil rotan dan pukullah dia pada belakangnya sehingga dia merasa sakit sampai masuk ke dalam rongganya. Jika dia mati dengan sebab pukulanmu bererti sudah sampai ajalnya dan jika hidup, dia tidak akan kembali melakukan dosa selama-lamanya"

"Wahai Muflih, lakukanlah sebagaimana yang diperintahkan Allah dan ayahku kerana inilah balasan bagi orang-orang yang menderhakai Allah dan menghina agamanya" kata Abu Syamah kepada Muflih.

Kemudian Muflih mengangkat tangan Abu Syamah dan memukulnya sebanyak sepuluh kali pukulan.

"Wahai ayahku, rasanya telah menyala api pada jasadku" kata Abu Syamah. "Wahai anakku, bahawasanya pada jasad ayahmu terlebih panas rasanya daripada jasadmu" jawab Saiyidina Umar. "Pukullah lagi" arah Saiyidina Umar kepada Muflih. Muflih memukul dengan sepuluh pukulan.


"Wahai ayahku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan" rayu Abu Syamah. "Seandainya ahli nereka dapat menuntut kesenangan maka akan aku berikan kesenangan" jawab Saiyidina Umar. "Wahai Muflih, pukullah lagi" arah Saiyidina Umar kepada Muflih. Muflih.memukul dengan sepuluh pukulan.


"Wahai ayahku, aku mohon padamu dengan nama Allah SWT, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat" mohon Abu Syamah. "Wahai anakku, setelah selesai aku ambil hak Allah daripadmu, jika engkau hendak bertaubat, maka taubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu kembali maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama yang engkau rasakan sekarang" jawab Saiyidina Umar. "Pukullah kembali". Muflih memukul dengan sepuluh pukulan.


"Wahai ayahku, dengan nama allah aku mohon padamu berilah aku seteguk air supaya dapat sejuk rasa panas dalam hatiku" kata Abu Syamah. "Wahai anakku, seandainya ahli neraka dapat meminta air sejuk untuk diminum, maka akan aku berikan padamu air minum" jawab Saiyidina Umar. "Pukullah kembali" Muflih memukul dengan sepuluh pukulan.


"Wahai ayahku, aku mohon kepadamu dengan nama Allah, kasihanilah aku" kata Abu Syamah. "Wahai anakku, jika aku kasihan padamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat" jawab Saiyidina Umar. "Pukullah kembali" Muflih memukul dengan sepuluh pukulan.


"Wahai ayahku, hairanlah ayah melihat keadaanku dan aku akan hairankepadamu sebelum aku mati" kata Abu Syamah lagi. "Aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau hidup dan jika engkau mati, kita akan jumpa di akhirat. Wahai Muflih, pukullah lagi!" maka dipukullah oleh muflih sebanyak sepuluh kali.


"Wahai ayahku, rasanya aku sudah hampir mati...." kata Abu Syamah dengan suara yang lemah. "Wahai anakku, jika engkau bertemu Rasulullah, katakan pada baginda bahawa ayahku memukul diriku sehingga aku mati" jawab Saiyidina Umar. "Wahai Muflih, pukullah lagi!" perintah Umar. Maka dipukul sepuluh kali.


Setelah itu Abu Syamah menggangkat kepalanya dan menyeru dengan suara yang kuat "Wahai sekelian sahabat-sahabatRasulullah, mengapa tidak kamu minta pada ayahku supaya memaafkan aku?". Apabila mendengar seruan demikian, sahabat-sahabat Rasulullah mengahadap kepada Umar dan mereka berkata "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia!" . "Wahai sekelian sahabat-sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah yang bermaksud: Janganlah kamu mengambil kasih sayang  pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah" jawab Umar. Mendengar penjelasan Saiyidina Umar yang demikian, sahabat-sahabat Rasulullah diam tidak membantah. Perintah Umar selanjutnya "Wahai Muflih, pukullah lagi!" maka dipukul sepuluh pukulan.


Akhirnya, Abu Syamah manggangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehinggan hari Qiamat tiba. Maka menangislah sekelian sahabat-sahabat Rasulullah dengan teramat sedih. 

Kata Umar "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah SWT". Muflih pun meneruskan pukulan untuk yang ke seratus kalinya. "Wahai Muflih cukuplah pukulanmu!" lalu Saiyidina Umar menghadap anaknya yang kelihatan tidak bergerak lagi.

Maka Saiyidina mengistiharkan bahawa anaknya telah pergi. Ramai orang yang menangis dengan kematian Abu Syamah, termasuklah ibu Abu Syamah. 

Ibunya berkata "Suatu kebahagiaan bagimu, wahai anakku, aku kirimkan engkau pada Tuhan yang tiada sia-sia segala perkiriman".

Pada malam harinya Abu Syamah dikebumikan, Ibnu Abbas r.a bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW yang wajah baginda seperti bulan empat belas (bulan purnama) dan baginda berpakaian serba putih manakala Abu Syamah duduk di hadapan baginda dan dia berpakaian warna hijau. Aku mengucupkan salam pada Rasulullah dan aku kucup dahi baginda.


Setelah itu Rasulullah berkata "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikanlah salamku pada Umar dan beritahukan padanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mensia-siakan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatunna'iim. Bahawa sesungguhnya, Abu Syamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa".


P/s: penat gila aku menaip cerita nie! bacalah dan sampaikanlah cerita ini kepada semua umat islam.... kalau hampa nak pahala la... tak mau pahala pun tak pa!!!! enjoylah baca cerita nie....!!!!!!!!!!!!!!