Assalamualaikum! Hari ini 12 oktober 2012, pukul ..., aku dengan partner duk kat sekolah, disebabkan cuti hari ini, untuk budak PMR ja, tapi tak tahu lah pulak aku kalau ada tingkatan lain yang cuti. Disebabkan hari ini ada tuisyen aku pun bawalah netbook mai sekolah, online la bak kata pepatah sambil berenang minum air. Aku nak cerita macam-macam dan nak bagi nasihat macam-macam, banyak merapu dari nasihat sebenarnya!
Fisrt, kami nak cita pasal ni? pasal, couple. Hampa tahu tak apa hukum couple? apa erk?
Miss A: Wei! agak hang la apa hukum couple?
Miss S: Haram! sebab aku, ada la baca kat internet hari tu. Aku baca dalam internet tentang couple ni. Ustaz tu cakap couple ni haram. Nak tau sebab apa?
Miss A: Sebab apa?
Miss S: Sebab budak perempuan yang couple tu mesti akan jumpa pakwe kan! Jadi perempuan ni tidak boleh memandang tepat ke wajah seorang lelaki. Suara pun aurat. Tapi kalau belajar bolehlah. Kalau couple nak bersms, nak jumpa, nak date, nak makan sama-sama, nak apa lagi? Semua nak. Jadi perkara macam ni menggangu syarat-syarat seorang perempuan.
Miss A: Lagi satu ada yang mesej dengan lelaki pakai shortform. Tu semua tak boleh. Macam "terima kasih" jadi "tima kasi". Apa benda lah tu? tak reti nak eja. Aku lagi kesian kat orang macam ni dari kesian kat orang gila.
Miss S: Betul! lagipun dari duk couple lebih baik budak-budak yang couple tu terus je bagitau kat makbapak depa, bagi tunang, kahwin, cerita pun tamat.
Miss A: Nanti lepas habis belajar kawin! hah! aku ada tengok dan dengar juga budak la ni kawin awal. Tu semua nak menghindarkan dari maksiat.
Miss S: Ada! budak laki umur 16 tahun budak perempuan tu umur 14 tahun macam tu.
Miss A: Aku pun ada kenal jugak tok aku punya menantu, isteri pakcik aku, isteri pakcik aku punya anak saudara. Kira dua pupu akulah. Dah kahwin suami isteri tak sampai lagi umur 20 dah kahwin. Aku pun terkejut tak percaya!!
Miss S: Baguslah! dari duk buat maksiat. Aku ada tahu tiga perkara yang perlu dipercepatkan dalam dunia ni. Yang pertama solat, Dah azan terus solat. Yang uzur tu tak payah la. Yang kedua adalah apabila seseorang itu meninggal,hendaklah dipercepatkan kebumikannya. Dan yang terakhir adalah kahwin sebab kalau duk kawan ataupun tunang ja. Tak silap haribulan perempuan yang berkawan tu dah perut buncit sebab ikut nafsu yang dihasut oleh syaitan.
Miss A: Kalau duk tunang pun susah jugak sebab lama sangat bertunang sampai yang ada yang dirampas oleh orang lain. Semua ni angkara syaitanlah sebab tak mahu pasangan tunang tu kahwin kerana kahwin ni umpama membina masjid. Syaitan ada ka suka lihat umat islam bina masjid, mestilah tak suka. Kalau nama pun tak suka nak je dia runtuhkan masjid tu pulak.
Miss S: Sebab tu la jadinya penceraian.
Miss A : Dah la aku tak larat nak cakap lagi dah ni. Kalau nak hurai pasal cerai. Peh!!! habis air liur aku. panjang sangat.
Miss S: Betul tu! aku pun tak larat dah. Cerai la, couple la semua ada!!!!!!!!!
p/s : kami harap semua pmbaca tak marah.... hehehe :)
No comments:
Post a Comment