Wednesday, 17 October 2012
SloGan kiSah TelaDan >>
Kisah Iblis dalam masjid
Aku ada cerita nie! baru saja aku baca buku tentang kisah ni! kalau ada yang tahu dah tak pa la aku nak cerita kat orang yang tak tahu lagi!!!!
ceritanya begini! alkisahnya bergini:
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW pergi ke masjid, apabila Rasulullah SAW hendak masuk ke dalam masjid maka baginda SAW telah terpandang Iblis dekat pintu, lalu Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Iblis! apa yang kamu buat disini?". Bekata Iblis : "Sebenarnya aku hendak masuk ke dalam masjid untuk menggangu seorang yang sedang sembahyang, tetapi aku takut kepada orang yang tidur dekat dengan orang yang sedang sembahyang".
Kemudian, Rasulullah SAW bertanya lagi: "Wahai Iblis! kenapa kamu tidak takut kepada orang yang sedang sembahyang, sedang dia dalam beribadah dan berbisik kepada Allah SWT; dan engkau takut kepada orang yang sedang tidur, sedangkan dia dalam keadaan lalai?"
Lalu Iblis berkata: "Orang yang sembahyang itu bodoh dan mudah diganggu, tetapi orang yang sedang tidur itu orang alim; kalau saya berjaya menganggunya sehingga merosakkan sembahyangnya itu, saya khuartir orang alim itu akan bangun dan segera memperbetulkan sembahyang orang itu!"
Ni lah kisahnya!! aku kagum juga dengan kisah nie! syaitan pun ada rasa takut tuh! jadi kita kena jadi orang yang baik dan ilmu pengetahuan tinggi.... kita buatkan Iblis bencikan kita, dan buatkan Allah SWT menyayangi kita....
Kisah anak Umar Ibnu Khattab Berzina
Khalifah kedua selepas Rasulullah SAW adalah Saiyidina Umar Ibnu Khattab. Beliau terkenal dengan ketegasannyab dalam menjalankan hukuman dan undang2 yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya sekalipun hukum itu mengenai diri dan keluarganya. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat.
Dalam satu riwayat daripada Abdul Aziz Ibnu Hajjaj Al-Khoulani drpd Shafwan drpd Ibnu Abbas r.a dia berkata, bahawasanya Saiyidina Umar mempunyai dua anak orang anak lelaki, seorang bernama Abdullah dan yang seorang lagi bernama Abdiidullah dan dia mempunyai gelaran Abu Syamah. Abu Syamah dia suka mengekali membaca kitab Allah dan bacaannya sama dengan bacaan baginda rasul. Maka Allah mencubanya dengan penyakit yang teruk selama setahun.
Setelah dia sembuh dari penyakitnya, dengan hati yang gembira dia pergi berjalan ke kampung orang yahudi kerana ada jamuan. Maka orang2 Yahudi menjamu dengan minuman arak. Selepas itu, dia keluar meniggalkan kampung Yahudi melintasi pagar kaum Bani Najjar. Di tempat tersebut, dia berjumpa dengan seorang perempuan yang sedang berbaring; maka serata merta Abu Syamah mendekatinya dan bermaksud untuk merogolnya. Apabila perempuan itu keadaan yang akan menimpa dirinya, diapun berusaha sedaya upaya untuk menegahnya tetapi malangnya dia tidak berupaya. Maka terjadilah perkosaan tersebut. Setelah selesai perbuatan itu, perempuan tadi berpaut pada leher Abu Syamah dam mencakar-cakar bajunya sebagai dijadikan bahan bukti. Akibat perkosaan itu, perempuan itupun hamil.
Setelah cukup masanya, lahirlah seorang anak. Perempuan itupun membawa anaknya ke masjid Rasulullah SAW untuk mengadap Amirul Mukminin untuk mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang memangku jawatan khalifah pada waktu itu ialah Umar Ibnu Khattab. Perempuan itupun berkata, "Ya Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih patut untuk memeliharanya daripada aku".
Umar berasa terkejut dan bertanya hal tersebut. Gadis itu menceritakan dari permulaan dan akhir cerita pada Umar. Umar mahu lebih bukti daripada cebisan pakaian Abu Syamah.
Gadis itu sanggup bersumpah di hadapan al-Quran. Apabila Umar melihat keadaan itu dia masih mencurigai. “Ya, Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah drpd darah daging anakmu, Abu Syamah.”
Oleh kerana perkara itu benar, Saiyidina Umar dengan perasaan yang berat terpaksa menerimanya seraya berkata, “Wahai jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), demi Allah engkau adalah benar dan tidak berdusta”. Kemudian Saiyidina Umar berdiri dan berkata, “Wahai sekelian sahabat-sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap tinggal di sini sehingga aku kembali”. Tidak lama kemudian dia kembali ke tempat itu semula dengan di tangannya terdapat tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain, dia berkata “ Wahai jariah, ambillah wang yang sebanyak tiga puluh dinardan sepuluh helai kain ini dan halalkan perbuatan anakku, Abu Syamah, di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya maka ambillah nanti sewaktu berhadapan dengan Allah”. Perempuan itu mengambil dan membawa anaknya pulang kembali.
Setelah perempuan itu kembali, Saiyidina Umar memberitahu sekelian sahabat untuk menunggunya sehingga dia kembali.
Saiyidina Umar pergi menemui Abu Syamah dan yang sedang menghadapi hidangan. Selepas selesai memberi salam dan menjawab salam. Saiyidina Umar berkata “Wahai anakku , hampirlah padaku dan mari kita makan bersama. Tidakku sangka inilah akhir bekalanmu daripada kehidupan dunia”.
Setelah mendengar demikian rupa, Abu Syamah bertanya “Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa ini adalah bekal yang terakhir untukku dari kehidupan dunia? Bukankah telah putus wahyu daripada langit dan tiada wahyu setelah wafatnya Rasulullah?”
“Aku ketahui dosa yang engkau telah perbuat.” Kata Saiyidina Umar.
“Demi Allah! Tidaklah aku lakukan perbuatan maksiat. Sekiranya ada orang yang menyampaikan padamu bahawa aku telah berbuat maksiat, maka sebaiknya terlebih dahulu tanyalah padaku kerana aku tidak menyembunyikan sesuatu daripadamu”. Jawab Abu Syamah.
“Wahai anakku! Ceritakanlah padaku dan sebenarnya. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat oleh pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatanya.” Kata Saiyidina Umar. "Adakah engkau masih ingat hari yang engkau pergi ka kampung orang Yahudi dan mereka memberi minum arak padamu? kemudian dalam keadaan mabuk, engkau lalu pergi meninggalkan mereka dan engkau melintasi pagar Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan yang sedang tidur yang kemudiannya engkau perkosa?" Sambung Saiyidina Umar.
Apabila Abu Syamah mendengar kenyataan ayahnya, diapun menundukkan kepala kerana rasa malu sambil diam membisu. Ujar ayahnya lagi, "Wahai anakku, katakanlah dengan jujur. Jika benar, engkau akan selamat tetapi jika dusta, engkau akan binasa".
Jawab anaknya "Memang benar aku lakukan hal yang demikian tetapi aku telahpun menyesal dengan sunggh-sungguh".
Kata Saiyidina Umar pula "Tiada manfaat bagimu setelah menyesal setelah berbuat sesuatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin. Maka tiada seorangpun tiada kuasa mengambil tindakan ke atasmu tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan semua sahabat-sahabat Rasulullah".
Selepas itu, Umar lantas memegang tangan Abu Syamah untuk dibawa ke hadapan sahabat-sahabat Rasulullah. "Mengapa ayah melakukan ini?" tanya Abu Syamah dalam keadaan ketakutan.
"Kerana kau mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia inisupaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak" jawab Saiyidina Umar tegas.
"Wahai ayahku, aku mahon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini dan janganlah malukan aku di hadapan sahabat-sahabat Rasulullah" rayu Abu Syamah.
"Engkau yang telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau menjatuhkan nama baik ayahmu" jawab Saiyidina Umar.
Apabila sampai di hadapan para sahabat Rasulullah, mereka pun bertanya "Ya Amirul Mukminin, siapakah yang dibelakangmu itu?".
"Wahai sekalian orang-orang muslim, sesungguhnya anakku, Abu Syamah, telah mengakui atas segala dosa yang dilakukannya. Dengan ini, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi". jawab Saiyidina Umar.
Kemudian Saiyidina Umar menyuruh seorang budak berkulit hitam bernama Muflih.
"Sesungguhnya beruntunglah pada hari ini orang yang berbuat ketinggian. Wahai Muflih, pukullah anakku, Abu Syamah. Setelah itu kamu merdeka dari perbudakkan kerana Allah SWT"
Jawab Muflih "Wahai penghuluku, bagaimana aku harus melakukannya kerana aku takut dia akan mati ataupun cedera akan pukulan tersebut".
Sanggah Saiyidina Umar "Janganlah engkau bercakap demikian. Segeralah ambil rotan dan pukullah dia pada belakangnya sehingga dia merasa sakit sampai masuk ke dalam rongganya. Jika dia mati dengan sebab pukulanmu bererti sudah sampai ajalnya dan jika hidup, dia tidak akan kembali melakukan dosa selama-lamanya"
"Wahai Muflih, lakukanlah sebagaimana yang diperintahkan Allah dan ayahku kerana inilah balasan bagi orang-orang yang menderhakai Allah dan menghina agamanya" kata Abu Syamah kepada Muflih.
Kemudian Muflih mengangkat tangan Abu Syamah dan memukulnya sebanyak sepuluh kali pukulan.
"Wahai ayahku, rasanya telah menyala api pada jasadku" kata Abu Syamah. "Wahai anakku, bahawasanya pada jasad ayahmu terlebih panas rasanya daripada jasadmu" jawab Saiyidina Umar. "Pukullah lagi" arah Saiyidina Umar kepada Muflih. Muflih memukul dengan sepuluh pukulan.
"Wahai ayahku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan" rayu Abu Syamah. "Seandainya ahli nereka dapat menuntut kesenangan maka akan aku berikan kesenangan" jawab Saiyidina Umar. "Wahai Muflih, pukullah lagi" arah Saiyidina Umar kepada Muflih. Muflih.memukul dengan sepuluh pukulan.
"Wahai ayahku, aku mohon padamu dengan nama Allah SWT, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat" mohon Abu Syamah. "Wahai anakku, setelah selesai aku ambil hak Allah daripadmu, jika engkau hendak bertaubat, maka taubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu kembali maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama yang engkau rasakan sekarang" jawab Saiyidina Umar. "Pukullah kembali". Muflih memukul dengan sepuluh pukulan.
"Wahai ayahku, dengan nama allah aku mohon padamu berilah aku seteguk air supaya dapat sejuk rasa panas dalam hatiku" kata Abu Syamah. "Wahai anakku, seandainya ahli neraka dapat meminta air sejuk untuk diminum, maka akan aku berikan padamu air minum" jawab Saiyidina Umar. "Pukullah kembali" Muflih memukul dengan sepuluh pukulan.
"Wahai ayahku, aku mohon kepadamu dengan nama Allah, kasihanilah aku" kata Abu Syamah. "Wahai anakku, jika aku kasihan padamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat" jawab Saiyidina Umar. "Pukullah kembali" Muflih memukul dengan sepuluh pukulan.
"Wahai ayahku, hairanlah ayah melihat keadaanku dan aku akan hairankepadamu sebelum aku mati" kata Abu Syamah lagi. "Aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau hidup dan jika engkau mati, kita akan jumpa di akhirat. Wahai Muflih, pukullah lagi!" maka dipukullah oleh muflih sebanyak sepuluh kali.
"Wahai ayahku, rasanya aku sudah hampir mati...." kata Abu Syamah dengan suara yang lemah. "Wahai anakku, jika engkau bertemu Rasulullah, katakan pada baginda bahawa ayahku memukul diriku sehingga aku mati" jawab Saiyidina Umar. "Wahai Muflih, pukullah lagi!" perintah Umar. Maka dipukul sepuluh kali.
Setelah itu Abu Syamah menggangkat kepalanya dan menyeru dengan suara yang kuat "Wahai sekelian sahabat-sahabatRasulullah, mengapa tidak kamu minta pada ayahku supaya memaafkan aku?". Apabila mendengar seruan demikian, sahabat-sahabat Rasulullah mengahadap kepada Umar dan mereka berkata "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia!" . "Wahai sekelian sahabat-sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah yang bermaksud: Janganlah kamu mengambil kasih sayang pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah" jawab Umar. Mendengar penjelasan Saiyidina Umar yang demikian, sahabat-sahabat Rasulullah diam tidak membantah. Perintah Umar selanjutnya "Wahai Muflih, pukullah lagi!" maka dipukul sepuluh pukulan.
Akhirnya, Abu Syamah manggangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehinggan hari Qiamat tiba. Maka menangislah sekelian sahabat-sahabat Rasulullah dengan teramat sedih.
Kata Umar "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah SWT". Muflih pun meneruskan pukulan untuk yang ke seratus kalinya. "Wahai Muflih cukuplah pukulanmu!" lalu Saiyidina Umar menghadap anaknya yang kelihatan tidak bergerak lagi.
Maka Saiyidina mengistiharkan bahawa anaknya telah pergi. Ramai orang yang menangis dengan kematian Abu Syamah, termasuklah ibu Abu Syamah.
Ibunya berkata "Suatu kebahagiaan bagimu, wahai anakku, aku kirimkan engkau pada Tuhan yang tiada sia-sia segala perkiriman".
Pada malam harinya Abu Syamah dikebumikan, Ibnu Abbas r.a bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW yang wajah baginda seperti bulan empat belas (bulan purnama) dan baginda berpakaian serba putih manakala Abu Syamah duduk di hadapan baginda dan dia berpakaian warna hijau. Aku mengucupkan salam pada Rasulullah dan aku kucup dahi baginda.
Setelah itu Rasulullah berkata "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikanlah salamku pada Umar dan beritahukan padanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mensia-siakan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatunna'iim. Bahawa sesungguhnya, Abu Syamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa".
P/s: penat gila aku menaip cerita nie! bacalah dan sampaikanlah cerita ini kepada semua umat islam.... kalau hampa nak pahala la... tak mau pahala pun tak pa!!!! enjoylah baca cerita nie....!!!!!!!!!!!!!!
Thursday, 11 October 2012
Apa CouplE ???? >>>
Assalamualaikum! Hari ini 12 oktober 2012, pukul ..., aku dengan partner duk kat sekolah, disebabkan cuti hari ini, untuk budak PMR ja, tapi tak tahu lah pulak aku kalau ada tingkatan lain yang cuti. Disebabkan hari ini ada tuisyen aku pun bawalah netbook mai sekolah, online la bak kata pepatah sambil berenang minum air. Aku nak cerita macam-macam dan nak bagi nasihat macam-macam, banyak merapu dari nasihat sebenarnya!
Fisrt, kami nak cita pasal ni? pasal, couple. Hampa tahu tak apa hukum couple? apa erk?
Miss A: Wei! agak hang la apa hukum couple?
Miss S: Haram! sebab aku, ada la baca kat internet hari tu. Aku baca dalam internet tentang couple ni. Ustaz tu cakap couple ni haram. Nak tau sebab apa?
Miss A: Sebab apa?
Miss S: Sebab budak perempuan yang couple tu mesti akan jumpa pakwe kan! Jadi perempuan ni tidak boleh memandang tepat ke wajah seorang lelaki. Suara pun aurat. Tapi kalau belajar bolehlah. Kalau couple nak bersms, nak jumpa, nak date, nak makan sama-sama, nak apa lagi? Semua nak. Jadi perkara macam ni menggangu syarat-syarat seorang perempuan.
Miss A: Lagi satu ada yang mesej dengan lelaki pakai shortform. Tu semua tak boleh. Macam "terima kasih" jadi "tima kasi". Apa benda lah tu? tak reti nak eja. Aku lagi kesian kat orang macam ni dari kesian kat orang gila.
Miss S: Betul! lagipun dari duk couple lebih baik budak-budak yang couple tu terus je bagitau kat makbapak depa, bagi tunang, kahwin, cerita pun tamat.
Miss A: Nanti lepas habis belajar kawin! hah! aku ada tengok dan dengar juga budak la ni kawin awal. Tu semua nak menghindarkan dari maksiat.
Miss S: Ada! budak laki umur 16 tahun budak perempuan tu umur 14 tahun macam tu.
Miss A: Aku pun ada kenal jugak tok aku punya menantu, isteri pakcik aku, isteri pakcik aku punya anak saudara. Kira dua pupu akulah. Dah kahwin suami isteri tak sampai lagi umur 20 dah kahwin. Aku pun terkejut tak percaya!!
Miss S: Baguslah! dari duk buat maksiat. Aku ada tahu tiga perkara yang perlu dipercepatkan dalam dunia ni. Yang pertama solat, Dah azan terus solat. Yang uzur tu tak payah la. Yang kedua adalah apabila seseorang itu meninggal,hendaklah dipercepatkan kebumikannya. Dan yang terakhir adalah kahwin sebab kalau duk kawan ataupun tunang ja. Tak silap haribulan perempuan yang berkawan tu dah perut buncit sebab ikut nafsu yang dihasut oleh syaitan.
Miss A: Kalau duk tunang pun susah jugak sebab lama sangat bertunang sampai yang ada yang dirampas oleh orang lain. Semua ni angkara syaitanlah sebab tak mahu pasangan tunang tu kahwin kerana kahwin ni umpama membina masjid. Syaitan ada ka suka lihat umat islam bina masjid, mestilah tak suka. Kalau nama pun tak suka nak je dia runtuhkan masjid tu pulak.
Miss S: Sebab tu la jadinya penceraian.
Miss A : Dah la aku tak larat nak cakap lagi dah ni. Kalau nak hurai pasal cerai. Peh!!! habis air liur aku. panjang sangat.
Miss S: Betul tu! aku pun tak larat dah. Cerai la, couple la semua ada!!!!!!!!!
p/s : kami harap semua pmbaca tak marah.... hehehe :)
Subscribe to:
Comments (Atom)